L O V E
This skin was made by Nisaa Anisaa and was publish on 12nd January 2013. She had used all materials from and .

L for about. O for stuff. V for links. E for Entry.
2 Februari 2013
Saturday, February 2, 2013 | 0 comments


Kenapa setiap kali bila aku mula tersenyum, ada saja yang akan cuba menyakiti hati aku? Kenapa setiap kali bila aku sudah melupakan dia, ada yang akan mengingatkan aku kepada dia? Aku minta maaf, aku bukannya perempuan yang baik. Aku tak boleh terima lelaki lain selepas peristiwa perit tu. Dia dah sakiti aku sebanyak dua kali. Aku tak mungkin memberi peluang kepada lelaki yang bukan muhrim untuk memiliki hati aku lagi. Cukuplah sekadar dia sahaja yang menyakiti hati aku. Sesungguhnya, aku perit dengan tingkah lakunya terhadap aku selama ni. Alhamdulillah, aku dah berjaya lupakan dia seratus peratus tapi malang segala janjinya masih terpahat dalam hati ini. Aku berharap agar semuanya hilang dengan segera. Sejujurnya aku tak boleh melihat pasangan lain bermesra di depan mataku, kerana itu akan menimbulkan sifat cemburu aku terhadap mereka. Kadang-kadang aku akan mengalirkan air mata pabila aku terkenang semua tu dan apabila aku terasa disisirkan oleh rakan-rakan serta keluargaku. Peristiwa pahit itu yang menyebabkan aku tidak mempunyai perasaan terhadap mana-mana lelaki. Hati aku dah tertutup rapat dengan kehadiran peristiwa perit itu. Aku tak tahu, adakah perasaan ini akan terus berlarutan atau sebaliknya? Aku sangat berharap orang yang terakhir yang bakal memiliki hati ini akan menjaga hati aku dengan sebaik mungkin.



◀ Newer
Older ▶